Mungkin ramai (mungkin la) yg pelik bin hairan bin ajaib dengan penghijrahan, perubahan yang aku buat lepas berkahwin. Im not surprised kalau ada yg mempersoalkan atau tak boleh terima, cannot brain, kenapa sebabnya. Paling tidak pun orang cuma sedapkan hati dengan pelbagai assumptions.
"sebab kahwin la tu..."
"suami dia ustaz kot"
"suami suruh, isteri taat"
paling islamik, "sami'na waato'na".
But....actually, bukan.
Bukan sebab kahwin. Walaupun orang biasa cakap, perempuan akan berubah bila dia jadi isteri dan seterusnya jadi ibu.
Bukan juga sebab suami. Suamiku bukan ustaz, aci tak nak jugak buat novel? k. Bukan ulama' bukan jugak ahli agamawan. Dia biasa-biasa je.
Pendek kata bukan sebab sesiapa.
Tapi sebab hati ni dah dipegang erat oleh Allah.
Aku cuba amalkan doa "Ya muqallibal qulub, thabbit qulubana 'ala dinika wa 'ala to'atik, ya Allah yang membolak balikkan hati tetapkan hatiku dalam agamamu dan mentaatimu."
Sampai sekarang amalkan. Sebab kita taktahu bila hati kita ni betul-betul ikhlas lillahi ta'ala. Hati kita sendiri pun empunya Allah. Jadi doa lah.
Berkenaan hati ni.
Pernah tak basuh baju guna washing machine, lepas tu bercapuk (tak bersih, berhabuk habuk) ? Basuh la byk kali pun, ada je part yg bercapuk.
Pernah tak basuh baju guna washing machine, lepas tu bercapuk (tak bersih, berhabuk habuk) ? Basuh la byk kali pun, ada je part yg bercapuk.
Tu maksudnya kena maintenance selalu, buat sendiri je. Eco tub cleaning, bersihkan perangkap habuk kat tepi tu, at least sebulan sekali. Baru la comey je baju2 tu.
Sama juga macam hati, kena maintenance selalu. Istighfar. Sedekah. Doa. Kalau dibiarkan hati ni kotor dengan titik titik hitam, one day hati boleh jadi hitam sepenuhnya. Kalau hati dah hitam, dapat hidayah apa pun tak rasa nak berubah. Malah Allah buat kita rasa indah dengan dosa maksiat yang kita buat, seakan kita buat benda betul. Na'uzubillah :(
"....dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang berpandangan tajam." (Al-Ankabut:38)
"....dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang berpandangan tajam." (Al-Ankabut:38)
Bila dah macam tu, aku terus stop semua perkara jahat dan berdosa sebab aku dah penat jatuh ke lembah maksiat. Rasa macam jatuh ditempat yang sama berkali kali. Aku dah penat. Aku tak nak macam ni lagi. Sampai bila? What's done is done, taubat sungguh sungguh dan move on. Carilah kawan baru, persekitaran baru, dunia baru. So dapatla diri awak yang baru insyaallah :)
Sekian, tulisan yang tak seberapa. Harap ada juga manfaatnya. Assalamualaikum.
Sekian, tulisan yang tak seberapa. Harap ada juga manfaatnya. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment
dont assume, ask :)