Wednesday, 14 October 2015

Disember.

DISEMBER,

Lagi enam belas hari, dunia tambah lagi tahun masihi. Maka rekod rasmi umur manusia pun bertamnah satu secara automatiknya.

Untuk aku, tahun 2016 aku berumur 21 tahun. Usia dewasa, yang secara rasminya dah dewasa. Urusan bank, harta, dah dibawah nama sendiri. Hatta mengundi pun dah layak. Sebelum ni, semua kena dapat kebenaran nama ibu bapa dulu.

Di barat, anak anak umur 21 dah boleh hidup sendiri tanpa perlu keizinan ibu bapa mereka. Mereka bebas buat apa sahaja asalkan tidak sampai ditangkap polis. Kalau ada kes pun, yang keluarga berada boleh menjamin. Si miskin, menghabiskan umur muda mereka meringkuk dalam penjara. Begitulah, sia sia nya hidup seorang anak muda.

Kita yg terlalu terikutkan barat, secara tiba tiba ibu bapa sendiri kita bantah itu ini. Bila disuruh, " i am 21 now, im not a kid anymore." Hairan. Di usia 20 sebelum itu, masih budak kah? Kalau betul sudah dewasa, perlukah melawan kata?

TAAT, itu tanggungjawab. Kewajiban seorang anak sejak diwujudkan didalam kandungan ibu lalu ditiupkan ruh. Selagi mana perintah mereka tidak melanggar syariat Islam, selagi itu kita harus taat.

Bila fikir tanggungjawab,nak menanggung itu bukan benda best. Berat, payah, letih. Sanggup? Bila fikir..fikir....rasa taknak grow up, nak jadi anak mak ayah kita sampai bila bila. Sentiasa ada mak yang sayang jaga kita, ada ayah yg cari rezeki untuk kita, menjamin hidup kita senang selalunya. Bestnya, jadi anak ni kan?

Memang best. Selagi kita punyai ibu bapa, selagi itu kita anak mereka. Hargai mereka selagi mereka ada atas dunia, depan mata. Berbakti. Walau dari sekecil basuh pinggan bertingkat kat sinki, hingga jaga makan pakai tidur mereka. Balas budi yang telah ditabur semampu kita. Sebab bila dah takde atas bumi ni, bila tak lagi dekat dengan kita, tak ada nyawa kedua sebagai galang gantinya. Bila mereka dah di'sana', doa sebanyaknya moga mereka lebih bahagia disampingNya.

No comments:

Post a Comment

dont assume, ask :)