Thursday, 3 March 2016

TRIVIA SEORANG MUJAHIDAH

Sebab 3 Mac haritu adik-adik ambil result SPM. Sebab SPM adalah turning point untuk akak. ( Oh, post ni khas untuk adik-adik :D )  So, boleh lah share ea?

Assalamualaikum wbt :)

Mungkin ada yang keliru dengan pathway yang akak pilih lepas SPM. Lagi-lagi cikgu. Tiap kali ziarah sekolah, mesti tanya katmana study sekarang lantas keliru. Kejap sambung sini, kejap kat situ. Latest ni paling trivia lah kot :D

Post kalini saja nak kongsi dan cerita, perjalanan jihad seorang akak mencari ilmu dunia dan akhirat. Jihad tak lah sehebat sahabiah berperang, sesabar sahabat menyampaikan dakwah kepada umat. Tak layak kot nak panggil diri hina ini seorang mujahidah. Cuma akak gelarkan diri dengan 'mujahidah' untuk kuatkan diri akak, supaya jiwa terus kuat melawan hawa nafsu, pancaroba dunia dan survive dengan ujian demi ujian.

Trivia 1 ➡️ Mesir masih impian.

Akak acah acah dapat hidayah ni masa form 5 macam tu. Tahun terakhir sekolah, SPM. Bertaubatlah kiranya. Heh. (Bab tarbiah ni, InsyaAllah nanti cerita lain, soon.) tapi taubat tu taubat dunia la. Stop bertangguh, hari-hari buat soalan addmath, kedatangan penuh, tanya cikgu semua yang tak faham. Top student lah boleh kata. (Bapak riak 🙄)  last2, SPM alhamdulillah. Berjaya mengukir nama Nor Shafini binti Jamaludin sebagai salah seorang antara 24 orang tu.

Lepas keluar result SPM, masing-masing macam baru kenal diri masing-masing. Baru tahu potensi masing-masing. Bila dah jauh dari pengaruh rakan sebaya, bila dah hidup pikir pasal diri semata, baru boleh buat keputusan tanpa ikut-ikut kawan. Dalam ramai-ramai kawan kat sekolah, ada beberapa yang nama diorang sahabat. Walaupun tak selalu jumpa lepas habis je SPM, kami mesej dari hati ke hati tentang sambung belajar ni. Dulu waksep masih rare. Yang smartphone semua yang hipster. Akak lambat sikit. Phone masih keyboard tekan-tekan guna jari.

Sehari sebelum hantar borang online MARA,

" kan kita dah janji nak further Ireland sama-sama. Nak study bawah pokok atas rumput sama-sama."

"Mak aku bagi suggestion amek dentistry. Medic dah ramai sangat doktor sekarang.. Takpe, ada jodoh kita further master, kita jumpa bawah pokok eh."

Maka diredhakan hati, berpisah jiwa raga untuk selamanya.

Pilihan pertama medic Ireland, ditukar dengan hati yang redha dan tawakal. Masa tu akak hilang kawan. Hilang tempat rujukan, hilang separuh diri akak. Akak nak capai cita-cita ni dengan dia, akak berangan selalunya ada dia. Tapi semua tu akak delete. Yang akak restore kan, highlight kan, hanya cebisan-cebisan tarbiah yang akak kutip sendiri sepanjang cuti SPM.

Dengan tarbiah yang lopong-lopong, akak se-innocent-nya tetapkan hati nak cari tarbiah yang lebih hebat. Biar tanpa sesiapa, cukuplah tawakal. Mak ayah selalu letak harapan tinggi untuk anak-anak dapat belajar luar negara. So akak pun fokus pilihan luar negara. Dalam banyak-banyak list tempat belajar tu, akak tertarik dengan Mesir dan Jordan. Bumi para anbiya kot. Mesti akak boleh masuk surga lepas balik dari sana. Dapat jadi orang hebat.

Medic dah awal-awal out of option. Syariah kena basic Arab. Akak sekolah biasa kot, manalah nak  ada 11A 12A macam yang sekolah agama. Dah hilang kelayakan. Yang boleh masa tu, tinggal Mesir. Dentistry.

"Haa! sama lah kot dengan medic. Doktor jugak, cuma bahagian gigi je. JE."

Dengan tak buat research, tak tanya tanya orang, seniors? Sorang pun akak tak kenal yang further Mesir. Sekolah biasa dik, tak ramai yang tertarik nak pegi belajar kat Mesir. Yang orang biasa nak pegi, tengok piramid tu ha. Pasir. Tu jelah, apa yang ada. kan?

Mukhayyam Arabiy, buat akak rasa betul-betul macam kat Misr.

Akak pun isi pilihan pertama Mesir, Pergigian. Kedua, Medic CUCMS, Malaysia.
Tak ku rela dengan sepenuh hati nak lepaskan cita-cita tu okay. Nak jugak. Tapi diam-diam je tak bagitahu mak. Dalam hati siap doa, harap dapat second choice. Yelah result bebiasa je, nak pergi overseas. Memang harapan la.

Trivia 2 ➡️ Islam diseluruh alam
Diskipkan cerita Mesir yang penuh drama tu, (bergenang lagi bila ingat, scroll up gambar lama 😭).

Batch akak ditakdirkan untuk dapat tarbiah di bumi India. Harapan menukang gigi-gigi manusia masih tinggi dalam diri masing-masing, tapi bukan diri akak. Akak pilih jalan ni bukan sebab dentistry, tapi sebab Mesir. Kecewa tu, bertahun kot nak pulih. Allah lebih tahu, itu yang akak yakin. 49 bijik hati kecewa tak dapat kesana, hati akak salah satunya. 19 merawat kecewa dengan stay kat Malaysia. 30 lagi terbang ke India, bawak harapan ibu ayah dan negara.

Dalam masa sehari, akak hilang kawan lagi. Akak hilang separuh diri akak lagi. Hilang tempat rujukan lagi. 19 orang dalam batch akak tak sama-sama pergi India, separuh diri akak dah terpaut pada Mesir, akhawat tempat rujukan akak terpaksa buat-buat tak kenal sebab malunya beriya akak nak cipta sejarah di Mesir dengan depa.

Akak boleh je pilih untuk stay Malaysia,kenapa tak?
Education system kat Malaysia is way better than India.
Enviroment dia MasyaAllah. sesungguhnya kebersihan itu separuh daripada iman!
Muslim? Golongan minoriti. Akak sendiri baru nak cari tarbiah kot. Macam reborn as Muslim. Tapi nak survive kat tempat yang minoriti?

Anna (anney) yang makan something macam sireh kat pasar. Akak pun acah check gigi dia, MasyaAllah T-T


Tapi, tak. Akak pilih untuk pergi.
Akak pilih untuk kuatkan diri selama setahun lebih sebelum fly. Kami siapkan diri dengan ilmu mental fizikal sebelum jejak bumi India. Akak tak layan sedih, rasa futur ni bila depan keluarga dan kawan-kawan lain. Ini takdir yang Allah tulis untuk akak. Untuk kami 30 orang tu. Ukhuwah yang tercipta dalam 30 orang ni lah yang menguatkan akak untuk selalu tajdid (memperbaharui) niat kenapa akak pilih jalan ni. Nangis sama-sama. Throwback sama-sama. Gelak HAHAHA sama-sama. Allahu, indahnya bila kita sayang orang yang ciptaan Allah ni, kerana penciptanya. Yang baik, kita akan syukur dikurniakan nikmat sahabat. Yang buruk, kita akan balik pada yang sempurna, Allah.

Farewell trip with Asnan Ausam :')


Trivia 3 ➡️ Know when it's time to call it quits

Hati kita, ada masanya dia penat. Masa diuji, hati yang menentukan macam mana seseorang tu akan respon dengan ujian.

" Ketahuilah, bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh anggota dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh anggota. Ketahuilah ia adalah hati."

Mungkin masa kat India, akak tak jaga pemakanan dengan betul, tak jaga kebersihan dengan betul, beribadat dengan betul. Iman memang yazid wa yankus, turun dan naik. Fitrah untuk manusia yang lemah. Dan normal untuk student yang tak hebat macam akak untuk bukan jadi top student, tak faham lecturers cakap walaupun diorang cakap English, dan struggle gila-gila menukang gigi buatan manusia.

Satu hari dalam lab prostho,
Tengah menukang apa tah time tu, tak ingat dan tanak ingat dah. Horror. Heh.

"Weh, ini ke benda yang kita akan buat masa kerja nanti?"

Sambil flashback kejadian rs450 : tampal gigi depan yang tak sempurna bentuk ni menjadi gigi arnab yang paling comel antara gigi-gigi lain. :p

" Yela, kau ingat buat apa?"

 " ....."

Hancur hati masa tu, lagi hancur dari hati yang tak dapat pegi Mesir. "IDONWANTUDUDISSSSS" raung hati akak. Hahaha.

Lab paling feveret, tooth carving.


Salah akak jugak, yang tak research ANYTHING ABOUT DENTISTRY. masa akak terbang dengan flight Air Asia tu, knowledge akak pasal dentistry ni ZERO dik. ZERO. Yang akak tahu, lepas 5 tahun akak akan jadi Dr. Shafini. Dentist terkemuka kat Malaysia pun akak tak kenal! Setahun foundation, tak sekali pun pegang gigi and so on. Jeling-jeling seniors VMU dekat tingkat 21 tu pun jarang-jarang. Bila jeling pun, nampak diorang pakai white coat, acah-acah professional sangat.



Trivia 4 ➡️ Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Baik lagi negeri sendiri.

Yes, in the end, akak pulang ke tempal asal. Malaysiaku tercinta.

"Assalamualaikum wbt.
Nama diberi Nor Shafini binti Jamaludin. Asal Johor. Umur 21 tahun bulan 8 ni.
Sekarang study kat UNISEL, amek Ijazah Perakaunan."

"Sebelum ni diploma?"

" er..foundation :) "

Intro tentang diri akak sepanjang 2 bulan kat tempat baru ni. Hehe. Yes, baru je 2 bulan. Next month dah habis satu sem dah. Loooonggg way to go, but i'm happy :)) Doakan!








2 comments:

  1. Such an inspiring story pini. Making your own decision for your own happiness is the true courage that everybody needs. May Allah ease you. May Allah always with you and family.��

    ReplyDelete
  2. So sad....aku ingat aku sorang je rasa .....nmpk korang happy je....kita semua sebenarnya berkongsi rasa....tapi skang dah boleh move on....hilmi-kiba ikip 2013 now at USIM PENGAJIAN AKIDAH DAN AGAMA TAHUN 3.....

    ReplyDelete

dont assume, ask :)