Wednesday, 26 October 2016

Aku mulia dan ingin memuliakan

Assalamualaikum :)    

"aku mulia dan aku ingin memuliakan semua" 
 Tajuk je dah 'terbang' kan? acah mulia. heh

takde, cani. bila orang datang rumah kan kena muliakan tetamu. so awak semua kan tetamu kat blog tak seberapa ni. Saya nak muliakan awak :)

Sebelum mula cerita drama kita ni, nak mintak izin bahasakan diri akak ye? sebab sejak-sejak kawin ni semua orang jumpa panggil diriku KAKAK siap cium tangan lagi... i cannot T-T tapi takpelah, confident sikit nak sharing dengan korang. hee 

Last post, http://shafinijamaludin.blogspot.my/2016/03/trivia-seorang-mujahidah.html  janji nak cerita pasal tarbiah (perubahan) diri akak kan? katanya soon....soon lah sangat ni ha. hehe okay, jom akak cerita.    

➡️ The cliché story  
One side yang cliche, orang akan kata dia budak sekolah agama. Lahir dalam didikan agama. boleh lah jadi baik..  
One side lagi yang cliche jugak, tajuk-tajuk surat khabar. "mimpi diseksa dalam api neraka, dotdot buat keputusan memakai tudung".   

  Okay, untuk cerita akak, akak bukan dari keluarga yang mak ayah ustaz ustazah. Akak bukan budak sekolah agama. Akak anak sulung, takde adik beradik penghafal Quran mahupun yang bertudung bidang 60'. Dan akak tak amek course agama pun. I have nothing to certify me as a preacher. Akak masih ada tudung bidang 45' dalam gerobok tu. Akak masih simpan alat make up yang takde expiry date. Akak masih sayang nak bagi orang baju2 akak masa tingkatan 1, yang akak taktahu muat lagi ke tak...  

The point is, cerita penghijrahan ni kebiasaannya cliche je. Dari tudung 45' ke 60', dari muka penuh kaler sekarang i choose to be covered. Biasa je pun. Mana yang jahilnya bertudung kecik? Mana yang jahatnya pakai make up? Ramai je kawan akak yang baik sangat, diorang bertudung 45' dan pakai make up. (akak kira yg takat compact powder jugak) Bukan maksud akak macam tu ye. Tapi sebenarnya, akak nak kongsi cerita cemana akak berubah dari perspektif akak sendiri. Akak nak kongsi betapa susahnya..tak sukanya..payahnya..akak nak jadi sesorang yang bukan diri akak.  

➡️ Dijentik hidayah  
Suatu petang yang lagha, akak buang masa mengscroll twitter yang takde pekdah hasil daripada following orang-orang lagha. 
"Panasnya petang ni" 
"Lapar"  
"Watching drama blabla alone.."  
"Im forever alone..."  
Scroll scroll. Tiba-tiba, 
"Tak sabarnya nak jumpa akak2 niqabis esok ^^ " Tweet dari sorang stranger. 
  Dengan curiousity yang tersangat tinggi, akak reply tweet tu, " ada apa tu?" Tak sampai seminit, masuk notification. Dia reply.  " Ada usrah. Kat masjid kluang sebelah STK tu je. Jom la join ^^ boleh jumpaaa" Hati ku tersentak. 

Weh sebelah sekolah aku je ni! Betul2 dalam hati ingatkan stranger ni orang mana. Rupanya orang kluang je. 
  Alamak! Dia ajak jumpa pulakkk. Kalau la ku tahu dia orang kluang, takkan ku tegur walau apa pun. Huhuuu..akak memang spesis introvert sikit kalau in reality ni. Nak bertegur pun, plan dialog dulu dalam kepala. Tarik nafas panjang2. Okay yakin, okay go. Satgi orang tu senyum pun tak. Cis. Sejak dari itu...akak bukanlah jenis yang huha happy go lucky. Dengan sesetengah orang je, yang akak rapat. ✌🏼 And so, Nak reply apa ni....sambil taip "InsyaAllah :) " which is perkataan yang orang melayu selalu salah guna. Walhal dalam Quran yang suruh kita ucap InsyaAllah tiap kali ada niat nak buat something. Tapi kita mainkan je kan? Same with me... T-T  
23. Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti". 24. Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini." (Surah Al-Kahf)    

➡️ Usrah..? Apa tu...  
Malam tu, tak kelip mata langsung nak terlelap. Rasa tak sabar ada, rasa takut lagi la. Dah la strangers, nak buat apa? Usrah? Amende pulak usrah tu...google la sikit buat homework. Mostly tentang usrah orang buat article panjang. Google image pulak gmbar orang gathering, duduk dalam bulatan. "Cam best je. Ajak Zura lah."  Masa tu, kami sama-sama nak cari 'something'. Masing2 rasa kita bukan hidup takat macam ni je, masing2 rasa...kosong. 

Dan esok pagi tu, geraklah akak dari rumah pastu jemput Zura. Mak akak drive, sampai ke masjid. Kesiankan mak takut tunggu lama, akak ajak mak join sekali. Hehe, mak mak pun boleh join tarbiah kay!  

Disambut dengan senyuman dan bersalam laga pipi 3x, awkward betul akak masa tu. Ada dua orang akak niqabis. Cantik, hati akak berkata. Suci je muka akak akak tu polos tanpa berhias. Cukup akhlak diorang menggambarkan kecantikan diorang. 

Sementara tunggu ahli lain solat dhuha, akak cuma duduk kat tepi. Melihat. Sebab masa tu, akak taktahu pun diorang solat apa. Dah naik matahari gini, takkan subuh pulak. Maka baik sangka, solat sunat lah tu. Settle--semua orang berkumpul. Ramai tak ramai lah masa tu. Akak je dah 3 orang dengan mak and Zura. Akak niqabis 2 orang. Ada lagi 3 4 orang sekawan jugak. Dan sorang tu yg tweet pasal usrah ni, Nadia. happy nya dapat jumpa dia! Kenalan sosial media jadi kawan face to face. Masa tu rare lagi. So sangat lah eksaited kemain. Jadinya dalam 10 orang jugak masa tu. Bulatan besaaar ⭕️  

Dipendekkan cerita, pertemuan hari itu manis sangat. Sampai ke harini akak terasa manis dia. Level 10 dah blood glucose level ni. 😋 Awak dah cuba rasa manis dia? Amacam boleh handle lagi? Heheh, pada yang belum pernah rasa tapi nak rasa, usahakan lah untuk mencari usrah tu. Sampai bila nak tunggu hidayah menjemput? Until then, insyaAllah you will know the sweetness of ukhuwah, of Islam itself.  

Dan lepas tu, sorang2 kengkawan akak join sekali. akak ajak ajak gitu je. maybe sebab diorang see something jugak kot? hehe wallahu'alam. alhamdulillah, kawan2 akak sekarang masing2 hebat dalam jalan dakwah diorang sendiri. Ada presiden kelab persatuan islam, ada dah jadi speaker kongsi tentang kecantikan agama islam, ada yang dah mampu pegang usrah sendiri lagi :') walaupun dah lama akak tak jumpa diorang..dah lama tak gerak dalam gerabak yang sama, tapi titik permulaan dulu tu yang buat akak still lagi rasa bersama dengan diorang. seronok kan rasa tu? macam tanam satu benih then dia tumbuh jadi pokok. merimbun melindungi orang berteduh dari panas, menghasilkan buah bagi orang kenyang. Haaaa that feeling <3

Kalau akak down pulak, diorang booster akak. 
"penat lah weh..rasa nak give up je. dah la, takat ni je kot.."
"kalau kau nak tahu, dulu aku start nak pakai tudung bidang 50' sebab kau lah." 
"yekeeee"  
"ye..."  
"okay jom."  
haha. i dont know..kadang kita perlu rasa kita have someone je. puji sikit je kasi semangat. then semua okay. hee 
*penat dalam cerita ni bukan lah penat berjogging mahupun penat buat assignment. penat ada dalam jalan dakwah.. :)      

 ➡️ Inside out, outside in.  
Akak sangat banyak turning points dalam penghijrahan ni sebenarnya. Bagi akak, hati terdetik nak pakai balik tudung lama yang lebih labuh dari tudung baru tu turning point. Terjumpa orang tu, berjumpa orang ni adalah turning point. Nak pakai stokin, nak pakai handsock tu pun turning point :') yes, dari benda2 remeh yang macam tu. Akak rasa manisnya solat dari solat dhuha. Dari doa dia. Sebab masa tu akak susah sangat. Akak taktahu nak mengadu pada siapa, dan masa tu takdir akak tergerak nak solat dhuha dan lepas tu akak google doa dia. Walaupun ada bahas itu bukan doa yg diamalkan Nabi, tapi daripada bagi salam pastu dah. Kan? Akak nangis lagu doa dhuha UNIC tu je pun 😂 Tapi tulah, benda-benda kecik lah yang kita selalu terlepas pandang. siapa sangka dari benda kecik as in doa solat dhuha atau pakai stokin dapat ubah diri akak macam sekarang? 

Tapi...banyak kali jugak akak jatuh. Akak rasa tak guna, akak rasa hipokrit. Pernah tak?  

Yela...tudung labuh, tapi tak jaga ikhtilat. nak pakai purdah, tapi first thing lepas pakai is selfie. Budak usrah, tapi usrah takat duduk baca bahan pung pang berdialog pastu makan pastu selfie lagi. last last, kat luar tak buat kerja dakwah pun. tak amal pun. banyak lah.. benda salah. benda lagha.  bila iman turun, akak kata kerja syaitan. Padahal, diri sendiri tak naikkan iman tu balik. dah kalau boleh turun, mestilah boleh naik balik kan? why la i cannot think like that?? masa tu...     

Sebenar-benarnya, hijrah tu perlu dari hati. Berubah tu perlu dari dalam diri. INSIDE OUT. Dari hati yang ikhlas, setiap amalan kita akan jadi istiqomah dengan sendirinya. Dengan sifat hayaa (malu) dalam diri, kita akan malu nak buat benda-benda yang lagha dan memalukan Islam tu sendiri. Sebab tu kalau rasa payahnya nak istiqomah lepas dah berubah tu, recheck niat kita..langkah kita. inside out tak?  

Kalau tak, OUTSIDE IN, dari luaran kepada dalaman. Luar nampak suci, tapi dalam Allah saja yang tahu. Selalu akak dengar bila nak berhijrah je, tiba-tiba nak berpurdah. Bila nak berubah je, kawan lama dijeling-jeling sebab ada kawan baru yang geng dia jugak. Maka terhasil lah satu group itu dan group ini. Berpuak satu, yang si judgers ni lagi satu. cakap serupa malaikat !  

Bukan berpurdah tak bagus. Yang tak bagusnya, berpurdah tapi selfie. berpurdah tapi contact lens 15mm barbie blue. berpurdah, tapi akhlak dan adab tak jaga. yang berniqab berpurdah bukan la malaikat.. kalau ya tak payah dah pakai purdah sesak sesak nafas nak rebut pahala sunnah. aite?   
cumanya tanggapan masyarakat pada yang berpurdah ni seakan satu golongan yg 'lebih dari yg lain'. lebih imannya. lebih akhlaknya. lebih pahalanya. walhal bukanlah purdah tu pembawa masuk syurga. mana ada syurga rm20 yg boleh dibeli kat kedai tudung-tudung tu. tapi dari niat ikhlas dia nak pakai tu sebab apa, taqwanya dia berbeza dari sebelum pakai dan lepas pakai. tu semua Allah yang mampu kira. bukan kita, manusia yang berpaksikan al-hawa. 

maka wahai adik yg akak sayang, jangan ulang kesalahan yg kita dah nampak depan mata. orang bijak bukan komen keybord worrior tunjuk kesalahan orang lain. tapi orang bijak dia tak ulang kesalahan yang pernah jadi sejarah dia mahupun sejarah orang lain. paham tak ek? :D tak paham pm/comment terus tau?

THE END.

Walaupun dari cerita ni nampak macam akak ni berhijrah sebab kakak usrah berniqab tu, tapi sebenarnya tak. diorang asbab Allah nak bagi hidayah pada akak. Syukr lillah.  
semua orang perlu masa untuk rasa dia tengah dijentik hidayah. ada yang sekelip mata, ada yang makan tahun baru nak start berubah. take your own time, cuma beringat..mati tak take time. takut terlambat.  

hijrah tu tak susah pun, nak istiqomah tu yang mujahadah. so kalau awak si mujahadah jugak, welcome to the club ;) kalau kita dalam keadaan bermujahadah, mati kita dikira mati syahid insyaAllah. tak dihisab. terus masuk syurga. best kan? so selalu doa, moga kematian kita kematian yang sebaik-baik mati.
kalau tak mampu nak jadi baik, buatlah benda-benda yang baik. Lillahi taala. okay? selamat bertarbiah!

No comments:

Post a Comment

dont assume, ask :)