Assalamualaikum wbt,
Busy? Sibuk? Penat sangat dah schedule pack?
Perlukan lebih masa? 1 jam pun jadilah. Macam macam boleh buat dalam 1 jam kan?
Whatsapp sekarang untuk dapatkan 1 jam untuk rm100 sahaja!
Beli 5 jam free 1 minit!
Nak ke nak? Whatsapp sis sekarang!
-------------------------------------------------------------------------------
Andainya kita boleh beli masa.
Sekarang kan semuanya guna duit. Semua boleh dibuat untuk duit.
Tapi tak. Allah tak izinkan masa untuk dijual beli. Allah izinkan kita hidup dengan masa yang ada kat dunia ni, 24 jam. hingga beberapa hari, bulan, tahun yang kita taktahu sampai bila. tapi Allah janji ada hidup ada mati.
Dengan 24 jam ni, apa yang kita buat?
Makan? Tidur? Belajar? Online?
Lagi?
Eh ada lagi la. takkan makan tidur je.
Dating..Chatting..Gayut..Movie..Hang out..Shopping..Food hunting..
Banyak lagi!
Dalam banyak banyak list yang kita buat tu, ada tak yg kita nak ceritakan dekat Allah masa depan titian sirat nanti? Ada tak yg kita nak share dengan Allah, macam mana kita sharing dengan bff kita? macam kita cerita dekat mak kita?
Nak cerita yg kita ada boyfriend yg paling sweet? Kita selalu hangout dengan kawan2 hanya untuk shopping ke, foodhunting ke, atau main mata dengan mamat hensem, makwe cun? Nak cerita yg ada 100k orang like gambar kita dekat instagram?
Nak cerita tu je dekat Allah?
Boleh..Allah Maha Mendengar. Dia dengar semua yang kita nak bagitahu Dia. yang taknak bagitahu pun Dia dah tahu dulu dah.
Tapi kan awak..
Sedihnya kalau banyak2 masa Allah bagi kita, itu je yg kita nak cerita pada Dia. Itu je yg akan kita bawak pegi akhirat nanti. Sedih. Serius sedih.
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu."
Biasa dengar? Surah Adz-Dzariyat ayat 56.
Buka Quran, tengok baca sendiri.
Setiap apa yg kita buat; makan tidur etc semuanya ibadah jika kita niatkan kerana Allah. Contohnya, kita makan dan tidur untuk dapatkan tenaga supaya kita boleh buat ibadah dgn lebih baik.
Jadi manusia biar ada beza dengan kera kat hutan, depa pun hidup makan dan tidur. Jadi apa beza dengan kita?
--------------------------------------------------------------------------------
p/s: saya nak cerita sikit sikit macam mana saya bahagikan masa sebagai seorang student, isteri, dan pendakwah dalam masa yg sama. Tunggu tau next entry, nak draft sikit lagi.
Terima kasih sudi luangkan masa untuk baca, moga bermanfaat dan jadi bekalan untuk kita disana :)
No comments:
Post a Comment
dont assume, ask :)