Wednesday, 19 December 2018

Mental dan iman

Assalamualaikum wbt, moga semua dalam kesihatan yang baik baik belaka. Sedar tak sedar dah hampir ke penghujung tahun 2018, dah setahun lebih jugaklah tak post apa apa kat sini :'D alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi untuk menulis. dan moga apa yang dikongsikan dapat bagi manfaat pada semua.

2018,  begitu hebat aku diuji dengan nikmat kesihatan yang sering dilupakan oleh manusia. Tahun ni banyak mengajar aku benda-benda yang aku sendiri tak sangka boleh terjadi hingga terbentuknya diri aku yang baru sekarang, Alhamdulillah.
So, here the story. Sejak April yang lepas aku ditakdirkan untuk menghidap penyakit mental dengan diagnosis: "Bipolar Disorder Secondary to Hyperthyroidism". 

Panjang tak panjang haaa. Secara saintifik penyakit bipolar ni boleh google dan baca sendiri detailnya sebab sekarang dah ramai orang berkongsi tentang kesihatan mental dan banyak pendedahan dari masyarakat setempat kita sendiri. Which is why aku pun lebih berani untuk share jugak tentang pengalaman sendiri. Bagusnya masyarakat kita sekarang dah tak terlalu berpegang dengan stigma penyakit mental tu hanya 'gila' dan 'Tanjung Rambutan'.

 "Secondary to Hyperthyroidism" tu macam 'disebabkan' atau 'menyalahkan' lebih tepat lagi bak kata doktor psy aku, kepada penyakit yang hakiki aku alami iaitu Hyperthyroidism. Thyroid hormone ni ada pada setiap tubuh manusia dan aku terlebih tinggi hormone, tu yang namanya hyper. nothing much alhamdulillah. it is just hormonal thing, hopefully. belum test cancer ke tak ketulan thyroid ni. Still in progress. Doakan yang baik baik.

'Menyalahkan' tu sebab dalam psychology, kalau someone tu ada penyakit yang nampak macam sakit jantung, kencing manis, atau dalam kes aku hyperthyroidism, first doktor akan salahkan penyakit tersebut tu yang menyebabkan berlaku simptom-simptom luar biasa pada patient. then dalam masa yang sama cuba jugak untuk rawat dari segi penyakit tak nampaknya iaitu penyakit mental. 

Nak kata kebetulannya, hyperthyroidism punya simptom memang sama lebih kurang dengan simptom-simptom bipolar, so ada kes boleh jadi misdiagnose jugak. Simptom hyper tu banyak. Antaranya metabolism tinggi (makan banyak tapi kurus lidi), berat turun, selera makan macam bela saka hahaha. mood swings, gelabah tak tentu pasal, kadang susah tido dan seterusnya. Benda-benda kecik ni boleh lead kepada penyakit yang tak diingini kalau tak cari punca dan cara rawatnya. 

Takat ni boleh paham ke? hehe kalau blur tanya kengkawan medik awak ea.

Jadinya sepanjang 9 bulan ni aku hanya fokus pada memulihkan kesihatan diri. Health comes first. Mungkin sebelum ni itu yang aku missed.
Countless hospital visits, hundreds of tablets medication, you name it. Walaupun bunyi macam terseksa tapi setiap kali aku ke hospital ada lagi beratus mungkin cecah beribu orang yang sama nasib malah lebih teruk dari apa yang aku hadap masa tu. Beratur panjang, tunggu berjam-jam, at least aku masih muda dan ada tenaga nak tunggu kat situ. Aku mudah nak datang hospital dengan kenderaan sendiri. Aku dihiburkan dengan suami disisi sepanjang menunggu nombor dipanggil. Allah saja yang tahu betapa bersyukurnya aku ada suami yang sentiasa teman aku dalam setiap appointment. Mungkin Allah bagi rezeki dan peluang ni untuk gantikan apa yang kurang masa lalu. Alhamdulillah :')

Sejujurnya nak pulih tu memang struggle yakmat. Berlawan dengan diri sendiri, memang jihad paling besar pun kan? mujahadah. Ada satu hari appointment tu aku baca buku 'Apa ertinya aku menganut agama Islam'. Buku ni bagus untuk kita kenali dan dalami semula keislaman kita supaya kita bukan hanya Islam dalam IC je. Keratan kenyataan dari buku ni aku ambil dari bab 'Saya mestilah Muslim dari sudut akidah'.

Dr. Briel sendiri mengakui kenyataan ini dengan menegaskan "sesungguhnya orang-orang yang berpegang teguh dengan agama, ia tidak akan dihinggapi penyakit jiwa. Manakala seorang pakar jiwa Dr. Riel Karienji menyatakan: "Sebenarnya para doktor penyakit jiwa menyedari bahawa keimanan yang kukuh dan pegangan yang teguh terhadap ajaran agama oleh seseorang adalah satu jaminan untuk menyembuhkan mereka darri penyakit gelisah, tegang perasaan, penyakit saraf dan lain-lain.
Ni ulasan lanjut dari ayat Quran 13:28 tentang zikir. Yang selalu dengar tu, "ala bizikrillahi totmainnul qulub" dengan mengingati Allah maka hati jadi tenteram. Hebat kan? Subhanallah. Betapa Allah Maha Kuasa, dengan zikir pun boleh sembuh penyakit jiwa kalau kita yakin dengan Asma' Nya. Percaya tak?
Percayalah, sebab aku dah amalkan sendiri sampai sekarang (moga terus istiqamah aaminn.) dan Alhamdulillah orang-orang terdekat seronok tengok aku pulih sikit demi sikit.

Penyakit mental ni sebenarnya penyakit jiwa dan hati yang sentiasa berbolak balik dari agama Allah. Masa mula-mula aku kena dulu, rasa macam tak percaya dan in denial (tak boleh terima)  dengan apa yang berlaku pada diri sendiri. Sebelum masuk hospital dan di diagnose, hidup aku memang penuh dengan kelalaian, fikir dunia tak henti-henti, lost connection dengan Allah. Aku jauh dari cinta Allah. Padahal Allah sentiasa sayang dan cintakan kita hambaNya. 
Contoh macam situasi kalau kita bercinta dengan seseorang. Mesti kita nak jumpa dia, bercakap dengan dia, nak bagi macam macam pada dia, kalau boleh nak spend 24 jam dengan dia. Macam tulah bila bercinta dengan Allah, kita kena jumpa Dia dalam solat dan bercakap dengan Dia melalui Qalamullah (kata kata Allah) iaitu Al-Quran. Hidup sebagai full time Muslim yang sebenar.

Aku sedar bila aku depressed, apa yang aku buat adalah menjauhkan diri dari Allah. Bukan mendekatkan. Buat perkara lagha, kononnya nak release stress sampaikan aku menangguhkan taubat. Sedangkan tu sebenarnya distraction sahaja. Distraction ni dia tak menyembuhkan, dia hanya panadol. Ubat sebenar pada depression atau kesedihan adalah bertaubat. Taubat sungguh sungguh. Kembali kepada fitrah seorang hamba. Betulkan solat, amalkan tadabbur Al-Quran, amar makruf nahi munkar, menguasai stage individu muslim tu. Bila kita bertaubat dengan taubat nasuha, Allah memang sifatNya Maha Pengampun dan insyaAllah dosa kita terampun keseluruhannya. Then dah hilang beban dosa maksiat dan sebagainya, kurang serabut dan sedih kita dan insyaAllah boleh hidup tanpa ada depression dan sebagainya.  

Apa yang aku kongsikan kat sini ialah secebis dari pengalaman sendiri dan pandangan aku sebagai salah seorang penghidap penyakit tersebut. Topik ni luas dan subjektif, takde estimated time pun bila penyakit ni boleh sembuh dan aku sendiri sebagai pesakit taktahu yang aku masih lagi sakit atau dah sembuh. Itulah penyakit mental, hanya doktor dan orang sekeliling yang noticed bila someone tu sakit. sebabnya minda ni adalah tanggungjawab, hak milik, property, kepada si empunya badan. tapi bila jadi penyakit, doktor bertanggungjawab untuk diagnose sakit apa dan tanggungjawab masyarakat sekeliling pula untuk bantu bagi support dan sebagainya.
Selagi kita sihat, kita bertanggungjawab untuk jaga sebaiknya kesihatan fizikal dan mental kita dengan cara hidup yang terbaik sebagai seorang manusia beragama Islam. Jangan biarkan minda kita dikawal secara sedar atau tak oleh pengaruh medsocs, pakwe makwe, dunia dan seisinya.  

Sekian coretan panjang untuk keseluruhan 2018. Mohon selitkan doa yang baik-baik untuk Nor Shafini, khasnya dan untuk seluruh umat Islam umumnya. Moga-moga tahun 2019 nanti akan jadi lebih baik dari sekarang insyaAllah. Nanti 31hb cakap kat kawan awak, jumpa tahun depan ye haha assalamualaikum. 

No comments:

Post a Comment

dont assume, ask :)