Assalamualaikum wbt.
Today i purposely want to write here just because it has been 2 months since the day when our Prime Minister announce the Resticted Movement Control Order (RMCO) from 18th March until, well let say up until today 9th June 2020. My intention to write is not to explain the current situation because it makes me feel anxious even when thinking about what i have done during RMCO and the restricted feeling of having to stay at home. Though now dah dilonggarkan but still the triggers for this to happen is still there which is Covid-19.
2020 supposed to be a better year for me to continue on my future. I was sick on the new year's eve (end of December) just because of I was overthinking for plans in this year. Nevertheless, Allah is and will be the best planner for us.
(Tukar bahasa jap nak lagi feel)
Covid19 terjadi dengan kekuasaan dan keizinan Allah untuk terjadi walau apa pun punca dan penyebab disebaliknya. Saya takde banyak baca pun sebab isu ni masih baru dan takde bahan bacaan yang well published atau reliable untuk percaya. Kalau ada pun dari KKM dan WHO, sumber yang betul betul memberikan fakta berdasarkan data dan kajian yang mereka buat. Itulah saja sumber kita untuk terus bertahan dalam situasi krisis ni supaya kita tak keterlaluan taksub dengan kejatuhan ekonomi, bahaya virus sampai pakai PPE nak pegi pasar dan sampailah ke hari nak kiamat. Saya sebut sebab saya dalam pemikiran itu waktu awal-awal PKP, semua orang pun dok ulas isu covid, isu ekonomi, dunia. Sekarang bila dah reda sikit baru orang rasa redha dan tenang nak hadapi krisis ni.
Kita belum menang.
Vaksin untuk Covid19 ni masih lagi dalam percubaan dan mungkin memakan masa sampai bertahun untuk selesai. Takkan la kita nak duduk dalam mood PKP ni bertahun. Perasan tak bila kita duduk rumah, the only way to go 'out' is by using social media. Kita 100% bergantung pada medsocs sebab nak tahu apa yang tengah berlaku kat luar rumah, kat Malaysia dan satu dunia. Beruntung untuk sesetengah dari kita yang ada mak ayah atau kenalan doktor, ahli akademik atau penyelidik yang dapat info tentang situasi sebenar krisis Covid19 dan tak 100% bergantung pada medsocs. Yang pengorbanan frontliners tu topik lain, saya nak ketengahkan point kebergantungan kepada media sosial.
Kita adalah apa yang ada disekeliling kita.
Beruntung juga kita yang diberi banyak pilihan dan kuasa untuk memilih. Ada sesetengah negara mengehadkan laman sosial untuk rakyat, limitkan kuasa internet, contohnya North Korea. But from i have read North Korea dah semakin terbuka dah bab ekonomi dan rakyat dia pun diberi pendedahan pada dunia luar, cuma adat masih dikekalkan. So bila dah diberi banyak pilihan kat media sosial tu, pilihlah sumber yang boleh dipercayai dan bermanfaat. Saya pelik dengan perangai sesetengah orang dalam Malaysia ni yang suka buat buat cerita, sebarkan cerita palsu apatah lagi membuat fitnah. Sampaikan kerajaan kena sediakan satu channel telegram sebenarnya.my untuk membanteras aktiviti penipuan tu. Muslim kan dah tahu yang dosa fitnah tu lebih besar dari dosa membunuh, orang Malaysia pun bukan jenis penipu rasanya. Sejak dunia internet ni makin canggih, ada juga orang yang makin terkebelakang tindakannya dengan menipu, scam dan bingung. Pilihan di tangan anda untuk jadi rakyat Malaysia yang patriotik dan positif atau sebaliknya.
Hikmah PKP dibulan Ramadhan.
Awal Ramadhan haritu juga saya relapse (sakit semula) disebabkan level stres yang tak dapat dikawal dalam masa yang sama saya tak makan ubat dengan betul. Bekalan ubat terputus sebab saya tak dapat nak pergi hospital untuk appointments, bukan sebab PKP tapi sebab alasan2 ciptaan saya. Time tu kad appointment nak hilang, takde orang boleh jagakan anak, hospital bahaya covid dan macam macam lagi alasan yang saya bagi masa tu. Hasilnya saya meletup dan terpaksa makan ubat psikatri setiap hari dan tidur berbelas jam. Ubat tu kalau tak biasa memang makan masa nak adapt semula dengan kesan mengantuknya tu. Kalau tak tidur pun saya blur dan rasa lemah jadi hanya mampu terbaring je, lepas tu tidur semula. Begitulah rutin yang sama untuk suku pertama bulan Ramadhan, Allah uji saya dengan kesakitan semula. Saya okay cuma saya berdoa sungguh setiap kali waktu mustajab supaya saya diberi kesembuhan untuk fizikal dan mental ni so boleh lah beribadat dengan lebih baik. Takpe, Allah dah sediakan solution untuk saya harungi ujian sakit begini, Allah lebih Berkuasa dari apa pun kuasa didunia. Ikhtiar dan tawakal sambil doa yang tak putus yang jadi penguat saya selain support dari suami, family dan kawan kawan. Semalam tengok Nora Danish dapat khatam Quran, sebaknya saya rasa. Group tadarus saya join di Wanita Isma pun dah khatam tanpa saya dapat join satu sesi pun. Tapi saya cuba teruskan ibadat semampu saya berbaki lagi beberapa hari ni, nak nak malam Lailatul Qadr tu, dapat ganjaran seribu bulan. Moga berjumpa dengan malam yang lebih baik tu aamin.
2 bulan punya cerita dalam summary, ni pun ada lagi nak ditulis tapi masa tak mengizinkan. Nak kejar ni habiskan 8 juz lagi, allahu musta'an.
Terima kasih sudi baca!
Assalamualaikum wbt.
Saturday, 16 May 2020
Sunday, 13 October 2019
Wanita Islam
Wanita Islam teguh berdiri
Zaman berzaman telah terbukti
Al-Quran di hati bentuk peribadi
Sentuhannya mendidik generasi
Wanita Islam teguh berdiri
Hikmahmu tegar sedarkan nurani
Akhlakmu penyeri mendamaikan dunia dan isi
Wanita Islam teguh berdiri
Padanya umat mengharap srikandi
Semangatmu tekad bangunkan negara pertiwi
Oh wanita dikaulah muslimah sejati
Cukuplah Allah bagimu tuk terus kau hadapi
Terus berjuang usahlah jemu
Kerana syurga telah kau rindu
Terus melangkah mara dan maju
Kerana umat dunia perlukanmu
Terus berjuang usahlah jemu
Kerana syurga telah kau rindu
Terus melangkah mara dan maju
Kerana umat dunia perlukanmu
Lirik: Nur Fatin bt Kamaluddin
Lagu: Muawwidz Al-Ansori bin Dzulkefly
Muzik: Ahmad Adnin bin Roslan
Sunday, 17 March 2019
Mobile Spa bantu wanita JANA PENDAPATAN
Assalamualaikum wbt. Moga sejahtera keatas pembaca yang sudi membaca blog ni.
Ya, memberi salam itu satu doa dan kita perlukan doa-doa yang baik selalu. Lebih-lebih lagi doa untuk kesejateraan hidup didunia dan diakhirat. Selalulah berdoa untuk kemenangan Islam dan keselamatan umat Islam diseluruh dunia. #prayfornewzealand
Alhamdulillah, 3 hari lepas baru saja discharge daripada hospital setelah 5 hari 4 malam berkampung di sana atas sebab menjalani operation membuang thyroid. Setelah hampir setahun follow up dengan klinik pakar, akhirnya pada Khamis 28 Februari 2019 dimasukkan nama untuk surgery dan 11 Mac 2019 selamat menjalani pembedahan. Begitu mudah dan lancar segala urusan, Allah yang tentukan semua ini alhamdulillah.
Sedikit intro yang tidak berkaitan hehe just an update on my life.
Dalam entry ini saya nak kongsikan bagaimana MOBILE SPA boleh membantu wanita untuk menjana pendapatan sendiri secara lumayan. Kalau yang masih samar-samar tentang apa itu mobile spa, boleh baca dulu entry pengenalan saya tentang mobile spa TWB di sini
Ada juga saya selitkan sikit macam mana mobile spa boleh bagi pendapatan pada wanita kat entry tu sebelum saya cerita details lagi disini.
Haa cuba tengok lama-lama sikit kat tiga-tiga screenshot tu, nampak apa? Kalau tanya saya, i see money money money hehe
Nak tahu tak, ini baru sebahagian kecil yang saya ceritakan tentang dunia mobile spa TWB. Ada banyak lagi cabang dalam TWB yang boleh menjana pendapatan wanita antaranya direct selling, referrals dan lain-lain. Jika berminat sungguh-sungguh nak tahu details tentang macam mana nak jana pendapatan dalam TWB, boleh email saya atau whatsapp je number dalam gambar diatas :) nak cuba servis facial spa dengan saya pun boleh, saya cover area Setia Alam.
Insyaallah akan menulis lagi disini di entry lain, teruskan membaca jika berminat dengan kerja saya sebagai PART TIMER beautician mobile spa TWB dan juga serba sikit perkongsian tentang kehidupan seorang wanita bergelar isteri, ibu, pelajar dan akhawat.
Terima kasih sudi membaca. Assalamualaikum <3
Ya, memberi salam itu satu doa dan kita perlukan doa-doa yang baik selalu. Lebih-lebih lagi doa untuk kesejateraan hidup didunia dan diakhirat. Selalulah berdoa untuk kemenangan Islam dan keselamatan umat Islam diseluruh dunia. #prayfornewzealand
Alhamdulillah, 3 hari lepas baru saja discharge daripada hospital setelah 5 hari 4 malam berkampung di sana atas sebab menjalani operation membuang thyroid. Setelah hampir setahun follow up dengan klinik pakar, akhirnya pada Khamis 28 Februari 2019 dimasukkan nama untuk surgery dan 11 Mac 2019 selamat menjalani pembedahan. Begitu mudah dan lancar segala urusan, Allah yang tentukan semua ini alhamdulillah.
Sedikit intro yang tidak berkaitan hehe just an update on my life.
Dalam entry ini saya nak kongsikan bagaimana MOBILE SPA boleh membantu wanita untuk menjana pendapatan sendiri secara lumayan. Kalau yang masih samar-samar tentang apa itu mobile spa, boleh baca dulu entry pengenalan saya tentang mobile spa TWB di sini
Ada juga saya selitkan sikit macam mana mobile spa boleh bagi pendapatan pada wanita kat entry tu sebelum saya cerita details lagi disini.
![]() |
| MAKE MONEY THROUGH MOBILE SPA |
Yes, begitu mudah mobile spa TWB membantu semua beautician untuk dapatkan 'instant cash'. Tak kira dimana pun anda, duit boleh dijana hanya dengan menyediakan perkhidmatan servis Mobile Spa ini. (boleh tengok beautician bertudung biru pegang duit Mesir, duduk Mesir pun boleh jana pendapatan sendiri tau!) Pendapatan secara harian dan tepi-tepi ni sedikit sebanyak menyelesaikan keperluan seisi keluarga daripada duit dapur, duit sekolah anak-anak dan juga duit untuk simpanan diri sendiri.
Secara ringkasnya, mobile spa TWB melatih beauticians untuk mahir dalam servis facial, body massage, hand and foot spa, dan banyak lagi servis kecantikan khas untuk wanita yang ingin memanjakan dan mencantikkan diri. Setiap servis ini menggunakan produk berkualiti tinggi yang bertaraf antarabangsa, so of course it will comes with certain prices. Daripada cas servis hingga cas pengangkutan, semuanya termasuk dalam harga yang ditanggung oleh customers. Bayangkan kita boleh dapat satu sesi facial yang sama seperti ditawarkan di spa-spa yang ada TETAPI dengan harga yang jauh lebih murah, nak ke nak?
Dengan harga services itulah yang menjadi sumber pendapatan beauticians mobile spa TWB dalam setiap sesi.
"Man jadda wajada" bermaksud siapa yang berusaha dia akan dapat dan berjaya.
Dalam bisnes ini, siapa yang betul-betul berusaha dan rajin dia akan berjaya dapatkan apa yang dia nak insyaAllah. Kalau nak RM100 dalam sehari, promote lah pada kawan-kawan, sedara-mara atau jiran-jiran. Dalam 10 orang insyaAllah ada seorang yang berminat. Ambil servis yang 'premium' pulak, facial + body massage + hand and foot spa. Senang-senang je dapat RM100++ dalam masa beberapa jam sahaja. Itu baru satu sesi dengan 1 orang, kalau promote pada 100 orang dan lebih lagi? outcomenya lebih besar.
Nak tahu tak, ini baru sebahagian kecil yang saya ceritakan tentang dunia mobile spa TWB. Ada banyak lagi cabang dalam TWB yang boleh menjana pendapatan wanita antaranya direct selling, referrals dan lain-lain. Jika berminat sungguh-sungguh nak tahu details tentang macam mana nak jana pendapatan dalam TWB, boleh email saya atau whatsapp je number dalam gambar diatas :) nak cuba servis facial spa dengan saya pun boleh, saya cover area Setia Alam.
Insyaallah akan menulis lagi disini di entry lain, teruskan membaca jika berminat dengan kerja saya sebagai PART TIMER beautician mobile spa TWB dan juga serba sikit perkongsian tentang kehidupan seorang wanita bergelar isteri, ibu, pelajar dan akhawat.
Terima kasih sudi membaca. Assalamualaikum <3
Subscribe to:
Comments (Atom)

