Sunday, 13 October 2019

Wanita Islam


Wanita Islam teguh berdiri
Zaman berzaman telah terbukti
Al-Quran di hati bentuk peribadi
Sentuhannya mendidik generasi

Wanita Islam teguh berdiri
Hikmahmu tegar sedarkan nurani
Akhlakmu penyeri mendamaikan dunia dan isi

Wanita Islam teguh berdiri
Padanya umat mengharap srikandi
Semangatmu tekad bangunkan negara pertiwi

Oh wanita dikaulah muslimah sejati
Cukuplah Allah bagimu tuk terus kau hadapi
Terus berjuang usahlah jemu
Kerana syurga telah kau rindu
Terus melangkah mara dan maju
Kerana umat dunia perlukanmu


Terus berjuang usahlah jemu
Kerana syurga telah kau rindu
Terus melangkah mara dan maju
Kerana umat dunia perlukanmu

Lirik: Nur Fatin bt Kamaluddin
Lagu: Muawwidz Al-Ansori bin Dzulkefly
Muzik: Ahmad Adnin bin Roslan

No comments:

Post a Comment

dont assume, ask :)