Ya, memberi salam itu satu doa dan kita perlukan doa-doa yang baik selalu. Lebih-lebih lagi doa untuk kesejateraan hidup didunia dan diakhirat. Selalulah berdoa untuk kemenangan Islam dan keselamatan umat Islam diseluruh dunia. #prayfornewzealand
Alhamdulillah, 3 hari lepas baru saja discharge daripada hospital setelah 5 hari 4 malam berkampung di sana atas sebab menjalani operation membuang thyroid. Setelah hampir setahun follow up dengan klinik pakar, akhirnya pada Khamis 28 Februari 2019 dimasukkan nama untuk surgery dan 11 Mac 2019 selamat menjalani pembedahan. Begitu mudah dan lancar segala urusan, Allah yang tentukan semua ini alhamdulillah.
Sedikit intro yang tidak berkaitan hehe just an update on my life.
Dalam entry ini saya nak kongsikan bagaimana MOBILE SPA boleh membantu wanita untuk menjana pendapatan sendiri secara lumayan. Kalau yang masih samar-samar tentang apa itu mobile spa, boleh baca dulu entry pengenalan saya tentang mobile spa TWB di sini
Ada juga saya selitkan sikit macam mana mobile spa boleh bagi pendapatan pada wanita kat entry tu sebelum saya cerita details lagi disini.
![]() |
| MAKE MONEY THROUGH MOBILE SPA |
Yes, begitu mudah mobile spa TWB membantu semua beautician untuk dapatkan 'instant cash'. Tak kira dimana pun anda, duit boleh dijana hanya dengan menyediakan perkhidmatan servis Mobile Spa ini. (boleh tengok beautician bertudung biru pegang duit Mesir, duduk Mesir pun boleh jana pendapatan sendiri tau!) Pendapatan secara harian dan tepi-tepi ni sedikit sebanyak menyelesaikan keperluan seisi keluarga daripada duit dapur, duit sekolah anak-anak dan juga duit untuk simpanan diri sendiri.
Secara ringkasnya, mobile spa TWB melatih beauticians untuk mahir dalam servis facial, body massage, hand and foot spa, dan banyak lagi servis kecantikan khas untuk wanita yang ingin memanjakan dan mencantikkan diri. Setiap servis ini menggunakan produk berkualiti tinggi yang bertaraf antarabangsa, so of course it will comes with certain prices. Daripada cas servis hingga cas pengangkutan, semuanya termasuk dalam harga yang ditanggung oleh customers. Bayangkan kita boleh dapat satu sesi facial yang sama seperti ditawarkan di spa-spa yang ada TETAPI dengan harga yang jauh lebih murah, nak ke nak?
Dengan harga services itulah yang menjadi sumber pendapatan beauticians mobile spa TWB dalam setiap sesi.
"Man jadda wajada" bermaksud siapa yang berusaha dia akan dapat dan berjaya.
Dalam bisnes ini, siapa yang betul-betul berusaha dan rajin dia akan berjaya dapatkan apa yang dia nak insyaAllah. Kalau nak RM100 dalam sehari, promote lah pada kawan-kawan, sedara-mara atau jiran-jiran. Dalam 10 orang insyaAllah ada seorang yang berminat. Ambil servis yang 'premium' pulak, facial + body massage + hand and foot spa. Senang-senang je dapat RM100++ dalam masa beberapa jam sahaja. Itu baru satu sesi dengan 1 orang, kalau promote pada 100 orang dan lebih lagi? outcomenya lebih besar.
Nak tahu tak, ini baru sebahagian kecil yang saya ceritakan tentang dunia mobile spa TWB. Ada banyak lagi cabang dalam TWB yang boleh menjana pendapatan wanita antaranya direct selling, referrals dan lain-lain. Jika berminat sungguh-sungguh nak tahu details tentang macam mana nak jana pendapatan dalam TWB, boleh email saya atau whatsapp je number dalam gambar diatas :) nak cuba servis facial spa dengan saya pun boleh, saya cover area Setia Alam.
Insyaallah akan menulis lagi disini di entry lain, teruskan membaca jika berminat dengan kerja saya sebagai PART TIMER beautician mobile spa TWB dan juga serba sikit perkongsian tentang kehidupan seorang wanita bergelar isteri, ibu, pelajar dan akhawat.
Terima kasih sudi membaca. Assalamualaikum <3


No comments:
Post a Comment
dont assume, ask :)